Dosa dengan Allah = Taubat Nasuha
Dosa dengan Manusia = Mohon maaf kepada individu
namun.. sidikit sukar.. kerana manusia sukar melupakan kesalahan orang terhadap dirinya..
antara dosa sesama manusia yang sering dilakukan adalah mengumpat..
Namun.. tidak berakhir setakat itu.. ia akan berterusan kepada.. mengadu domba.. dan seterusnya memutuskan silatulrahim..
ooo.. itu startegi syaitan sebenarnya.. baru tahu ari tu masa tazkirah kat surau..
orang mengumpat kita.. pastu akan ada orang yg akan memberitahu kita bahawa sipolan bin sipolan mengata kita begitu begini.. oleh kerana marah kita pun tak nak kwn dgn en. si polan tersebut..
mengumpat ----> mengadu domba ----> memutuskan silatulrahim
hmmm.. macam pernah terjadi kepada sy.. tp dimana ya..
blogku pendapatku
In this blog you can find my perspective, understanding, particular feeling, beliefs and desires
Selasa, 8 Januari 2013
Ahad, 6 Januari 2013
Menangis ke Sekolah @ Taska
Hari ni hari ke-4 amir ke sekolah@taska.. Mcm biasa.. nangis..
Tanya membe2 yg ada pengalaman.. katanye memang biasa bdk2 ni nangis.. ada yg sampai sebulan pun masih nangis..
Google tgk dalam internet.. jumpa artikel berkaitan. so dia tulis memang perkara biasa jugak sebab..
1. Nak biasakan diri
2. Tak kenal orang
3. Menganggap cikgu adalah orang asing
Penyelesaian nye..
1. Biarkan sahaja
2. Jangan tunggu
3. Review apa yg diajar kat umah
4. Hantar je mcm biasa supaya dia tahu itu adalah rutin hariannye
Semoga Allah memudahkan urusanku dan anakku di dunia dan akhirat.. amin..
Rabu, 26 Oktober 2011
Kesian Dafi..
Ini bukan cerita Dafi AF.. baik punyer..tapi cerita dafi bekas diktator Libya.. Muamar Gadhafi.. 4 hari lepas kematian masih belum dikebumikan.. sampai mayat dah busuk.. sampai air mayat dah keluar..sampai warna mayat dah bertukar hitam..
Kan ke menguruskan mayat tu fardu kifayah.. kalo takde orang nak uruskan boleh berdosa satu kawasan atau negeri tersebut.
Sudah-sudah la bercakap keburukan arwah.. Bukan ke adab melawat orang meninggal kita digalakkan bercakap tentang kebaikan si mati..
Walaupun apa pun dosanya.. hanya Allah yang akan memberi hukuman.. bukan kita sebagai manusia.. bila dilihat tentang perilaku rakyat yang menyiksa arwah..sama je.. kata dulang paku sepih.. mengata orang dia yang lebih..
Bersama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas si mati.. al-fatihah..
Isnin, 24 Oktober 2011
Berkatkah rezeki ku
Bekerja makan gaji adalah pekerjaan yang sangat sukar untuk mendapat keberkatan..
Sebabnya kita sering memonteng apabila waktu kerja.. rakan sekerja saya kata kita mestilah duduk di opis semasa waktu kerja..baru berkat..
Untuk menghalalkan cara.. saya cuba membuat pendapat sendiri.. saya berpendapat gaji saya dibayar kerana kerja yang saya lakukan bukan kerana jam saya berkerja. Walaupun undang2 nya mengkehendaki kita bekerja 8 jam, tapi tak semestinya kena duk opis selama 8 jam tersebut. Kalo nak kira keberkatan mengikut jam.. camne kalo nak pegi toilet?? Camne kalo asyik sembang je?? Camne kalo takde keja dan waktu tu ngadap internet je?? Walaupun ada kat opis tapi tengok internet, main game dan tengok movie nak buat apa.. membazir elektrik je..
Saya menganggap saya adalah orang berniaga yang menawarkan perkhidmatan perakauanan. Sebab saya belajar accounting. So dengan berbekalkan pengetahuan ini majikan berminat mendapatkan perkhidmatan saya iaitu membuat accounting. So saya dibayar untuk membuat perakaunan dan kerja-kerja yang telah dipersetujui. Saya dibayar apabila kerja2 tersebut siap. disini takde la timbul berapa jam saya perlu menyiapkan kerja saya. Selagi kerja tu siap maka berkatlah gaji saya..
Hmm ni just pendapat.. kalo nak tengok orang gaji berkat.. tengok orang kampong yang buat sawah nu.. walaupun buat sawah je..dah dekat 3 kali pegi haji.. tengok kita?? Gaji ribu riban.. pegi haji pun tak mampu lagi..
Khamis, 20 Oktober 2011
Kenaikan pangkat dan pemangkuan
Asas kenaikan pangkat pegawai kerajaan adalah berdasarkan merit. Untuk naik pangkat Lembaga kenaikan pangkat akan mengambil kira
i. Kecekapan dan prestasi
ii. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
iii. Sifat-sifat peribadi dan kesesuaian jawatan kenaikan pangkat itu
iv. Kegiatan luar dan sumbangan
Jika mengiraan merit sama, maka perkara berikut diambil kira
i. Kelayakkan akademik
ii. Pengalaman kerja
iii. Kekananan
Dan kenaikan pangkat hanya boleh dipertimbangkan jika telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan.
Sumber: Perlembagaan Persekutuan P.U.(A)176
Secara logiknya merit seseorang pegawai hanya boleh dinilai melalui keputusan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai iaitu menggunakan peratus. Mana mungkin Lembaga mengetahui kecekapan, prestasi, kemahiran, sifat peribadi pegawai jika mereka tidak pernah bekerja bersama.
Masalahnya di sini penilaian SKT pegawai adalah satu perkara yang subjektif.. setiap kementerian atau jabatan mempunyai penilaian yang berbeza-beza.
Sebagai contoh.. di jabatan A.. jika anda bekerja dengan cemerlang.. anda akan mendapat markah 90%.. manakala di jabatan B.. jika anda bekerja dengan cemerlang anda akan mendapat 98% dan jika anda pekerja yang average anda mendapat 91%.. nampak tak perbezaan di sini.. Penilaian tersebut adalah subjektif.. tidak sama antara satu jabatan dengan jabatan yang lain..
Di ofis saya.. jika anda mendapat markah 86% anda akan dianugerahkan pekerja cemerlang.. tapi tidak di jabatan lain.. markah 86% tersebut di kategorikan sebagai pekerja yang bermasalah..
Namun apabila tiba penilaian merit untuk kenaikan pangkat.. pegawai dari semua jabatan ini akan disatukan.. dan pegawai yang mempunyai markah SKT yang tinggi akan mempunyai peluang yang cerah..
Anda senior?? Hehe.. kekananan hanya dikira jika merit anda sama.. jika merit anda rendah.. tidak kiralah anda senior ke.. super senior ke.. jangan harap la anda boleh naik pangkat..
Kesimpulan di sini ialah.. jika budaya ofis anda memberi markah tidak lebih 90%.. bermakna anda dalam masalah.. tiba masanya anda berpindah ke jabatan lain.. melainkan anda memang tidak mahu naik pangkat.. atau telah selesa di ofis anda sekarang..
Atau pun jika Penilaian SKT dibuat secara objektif seperti dibawah ..maka perkara ini dapat diselesaikan
Contoh SKT secara objektif
Adakah pegawai seorang yang cekap
A. Ya
B. Tidak
Adakah pegawai seorang yang rajin
A. Ya
B. Tidak
Ptk saya dapat 4-4 dengan sekali ambik sahaja
Keputusan PTK adalah bertujuan untuk pergerakan gaji sahaja.. jika anda lulus pun sudah memadai untuk anda naik pangkat.. dan jika PTK anda cemerlang.. belum tentu anda boleh naik pangkat.. (tapi sekarang dah takde PTK)..
Selasa, 18 Oktober 2011
Helmet pun nak curi ke???
Pagi tadi nak pegi keja turun tengok helmet motor yang saya ikat di motor telah hilang.. sakit nye hati.. terpaksa naik kembali ke rumah ambik helmet lagi satu..
Masuk ni dah 2 helmet saya kena rembat.. sapa la yang miskin sangat sampai helmet buruk saya pun nak di curi.. kemudian saya start enjin motor.. tengok meter minyak tak naik2.. aik rasa nye kelmarin baru isi ni.. bukak penutup tank tengok minyak tinggal skit je lagi.. rasa saluran dekat karburatur ada kesan petrol.. sah.. minyak petrol pun dia sebat..
Rasanye ni bukan keje orang dewasa ni.. takkan la orang dewasa tak mampu nak beli petrol ngan helmet sendiri..
Yang saya sangat sakit hati ialah saya lewat sampai ofis.. sebab first kena naik balik rumah ambik helmet.. pagi-pagi macam ni nak tunggu lif memang berjanggut.. lambat.. maklum la orang sibuk nak ke opis kan.. ada yang nak anta anak ke pengasuh lagi.. dan second kena singgah stesen minyak isi petrol.. sebab ni kali ke 3 petrol saya kena curi.. first kena curi petrol.. moto langsung tak bleh start.. second terberhenti dekat traffic light.. terpaksa menolak balik..
Apa-apa pun.. jangan harap la saya nak halalkan apa-apa yang dicuri.. cari la saya kat padang masyar kang.. tapi itu pun kalo jumpa.. hahaha.. setiap dosa pasti ada balasan nya…
Isnin, 17 Oktober 2011
Pelaburan paling menguntungkan
“kalo ko ada RM200k ko nak buat apa?”
Tanya rakan opis saya apabila mengetahui yang bos saya baru je bersara dan akan mendapat duit ganjaran yang banyak..
“kalo aku ada duit aku nak beli umah..pastu kalo duit tu ada lebih aku simpan asb.. pastu aku berenti keja.. duk umah je.. makan dividen asb ..”
“uih.. tak untung tu”.. kata rakan saya “kalo aku.. aku beli tanah buat tanam kelapa sawit.. tak pun getah.. ha baru untung..”
Itu pendapat dia.. kalo rajin boleh la buat benda tu.. macam saya ni jenis pemalas.. kalo bleh tak nak wat keja langsung.. lepak berduit baru best..
Kalo nak ikutkan.. banyak pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan maksima.. melabur dalam hartanah.. melabur dalam perniagaan.. beli rumah pastu sewakan.. buat ladang ternakan.. tu suma bleh wat untung tu.. tapi bagi saya la.. pelaburan yang paling menguntungkan adalah melabur kepada anak..
Anak adalah aset paling menguntungkan kalo anak tersebut menjadi anak yang soleh atau solehah, bijak pandai, keja bagus.. dan pelaburan paling berisiko tinggi.. kalo anak tu tak jadi orang.. dan merupakan pelaburan jangka panjang yang banyak memerlukan pengorbanan..
Hmm tak caya?? Cuba tengok cite Keeping Up With Kardasian.. kaya tu.. buat anak jadi model je kan..
Kalo la ada duit.. dan masa.. maksudnya saya tak keja.. saya nak buat anak ramai2..contoh nya 11 orang anak ke.. hmm pastu alim2 pulak kan.. tak ke senang di akhirat nanti.. amin…
tapi kalo yang 2 orang ni menjadi pun dah alhamdullillah..
Langgan:
Catatan (Atom)