Bekerja makan gaji adalah pekerjaan yang sangat sukar untuk mendapat keberkatan..
Sebabnya kita sering memonteng apabila waktu kerja.. rakan sekerja saya kata kita mestilah duduk di opis semasa waktu kerja..baru berkat..
Untuk menghalalkan cara.. saya cuba membuat pendapat sendiri.. saya berpendapat gaji saya dibayar kerana kerja yang saya lakukan bukan kerana jam saya berkerja. Walaupun undang2 nya mengkehendaki kita bekerja 8 jam, tapi tak semestinya kena duk opis selama 8 jam tersebut. Kalo nak kira keberkatan mengikut jam.. camne kalo nak pegi toilet?? Camne kalo asyik sembang je?? Camne kalo takde keja dan waktu tu ngadap internet je?? Walaupun ada kat opis tapi tengok internet, main game dan tengok movie nak buat apa.. membazir elektrik je..
Saya menganggap saya adalah orang berniaga yang menawarkan perkhidmatan perakauanan. Sebab saya belajar accounting. So dengan berbekalkan pengetahuan ini majikan berminat mendapatkan perkhidmatan saya iaitu membuat accounting. So saya dibayar untuk membuat perakaunan dan kerja-kerja yang telah dipersetujui. Saya dibayar apabila kerja2 tersebut siap. disini takde la timbul berapa jam saya perlu menyiapkan kerja saya. Selagi kerja tu siap maka berkatlah gaji saya..
Hmm ni just pendapat.. kalo nak tengok orang gaji berkat.. tengok orang kampong yang buat sawah nu.. walaupun buat sawah je..dah dekat 3 kali pegi haji.. tengok kita?? Gaji ribu riban.. pegi haji pun tak mampu lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan