Jumaat, 7 Oktober 2011

5 asas menjalani kehidupan golongan pertengahan


Dalam Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 golongan individu iaitu golongan kaya, golongan yang sederhana@ pertengahan dan golongan miskin (yeke?? Saya buat andaian sendiri je). Golongan pertengahan terdiri daripada individu yang bekerja nak menikmati gaji mereka. Tiada harta kekayaan dari keturunan atau simpanan berjuta-juta.

Untuk menjalani hidup sebagai golongan pertengahan.. anda haruslah melakukan  perkara berikut bersama dengan komuniti (adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara, jiran tetangga dan rakan opis) anda

·         Suka bersaing

Tidak kira la bersaing secara sihat atau tidak.. asal boleh bersaing anda bersaing.. contohnya kalo orang  pakai keta besar anda mesti beli keta lagi besar, kalo orang renovate rumah, anda pun kena  renovate rumah.. orang pegi umrah..anda pun pegi umrah.. orang pegi haji..anda tunggu bersara kang baru pegi .. sebab duit tu boleh beli benda lain untuk bersaing..

·         Cerita tentang kehebatan diri dan keluarga

“anak saya ni.. kat sekolah.. dia no .1”, “anak saya lagi la.. bukan no 1 dalam sekolah je.. kat negeri ni pun dia no satu”..”uihh anak saya pun sama.. no 1 dalam Malaysia..” hah ni antara perbualan yang anda kena biasakan.. jika ada apa2 kehebatan dalam ahli keluarga anda..ceritakan kepada komuniti anda..

·         Menunjuk jika pakai barangan mewah @ branded

“tudung I suma fareda tauu..”.. “em I pun sama.. ariani semua nye”.. “I suka la pakai blackberry ni” ..”I suka I pad je”.. “Minggu depan vios I kluar”.. “city I tengah tunggu nombor plat”.  Oleh kerana kita dari golongan pertengahan dan duit tak banyak.. so bila kita berjaya membeli barangan branded.. kita mestilah menunjuk-nunjuk bagi memberi tahu orang ramai yang kita mampu pakai barangan tersebut walaupun kalo orang kaya benda tu biasa2 saja..

·         Obsess

Kalo baru tau satu benda tu.. anda mestilah obses.. contoh nye baru ada facebook..update setiap masa.. tak pun baru memakai tudung jenama fareda.. atau baru pandai makan makanan yang mahal2.. stik ke.. nasi arab ke..  lepak kat starbuck ke.. buat benda tu hari2.. pastu war-war kan kepada komuniti anda yang anda biasa pakai atau makan kat tempat2 macam tu..

·         Tunjuk gambar anda

Oleh kerana anda tidak kaya.. maka menunjuk-nunjuk seakan-akan anda kaya adalah satu kewajipan.. untuk menunjuk2 kekayaan ada banyak cara.. cara yang paling popular ialah melalui facebook.. letak la gambar anda pergi melancong.. gambar anda  baru membeli anset mahal.. gambar kereta baru anda.. atau gambar makanan dan restoran mahal yang anda baru kunjungi.. serta gambar-gambar  hadiah dari suami anda..

Banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan untuk berjaya menjalani kehidupan sebagai golongan pertengahan ini.. namun untuk hari ini saya senaraikan 5 dulu. Pokok pangkal nye.. anda mestilah pandai menunjukkan kelebihan anda dan menyorokkan kekurangan anda kepada komuniti anda.. dan ingat.. dalam komuniti anda sahaja.. jangan buat pada golongan kaya.. kerana bagi golongan kaya perkara yang kita buat itu adalah biasa2 je bagi mereka..




p/s: yang membezakan seseorang itu adalah iman dan amalannya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan