Asas kenaikan pangkat pegawai kerajaan adalah berdasarkan merit. Untuk naik pangkat Lembaga kenaikan pangkat akan mengambil kira
i. Kecekapan dan prestasi
ii. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
iii. Sifat-sifat peribadi dan kesesuaian jawatan kenaikan pangkat itu
iv. Kegiatan luar dan sumbangan
Jika mengiraan merit sama, maka perkara berikut diambil kira
i. Kelayakkan akademik
ii. Pengalaman kerja
iii. Kekananan
Dan kenaikan pangkat hanya boleh dipertimbangkan jika telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan.
Sumber: Perlembagaan Persekutuan P.U.(A)176
Secara logiknya merit seseorang pegawai hanya boleh dinilai melalui keputusan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai iaitu menggunakan peratus. Mana mungkin Lembaga mengetahui kecekapan, prestasi, kemahiran, sifat peribadi pegawai jika mereka tidak pernah bekerja bersama.
Masalahnya di sini penilaian SKT pegawai adalah satu perkara yang subjektif.. setiap kementerian atau jabatan mempunyai penilaian yang berbeza-beza.
Sebagai contoh.. di jabatan A.. jika anda bekerja dengan cemerlang.. anda akan mendapat markah 90%.. manakala di jabatan B.. jika anda bekerja dengan cemerlang anda akan mendapat 98% dan jika anda pekerja yang average anda mendapat 91%.. nampak tak perbezaan di sini.. Penilaian tersebut adalah subjektif.. tidak sama antara satu jabatan dengan jabatan yang lain..
Di ofis saya.. jika anda mendapat markah 86% anda akan dianugerahkan pekerja cemerlang.. tapi tidak di jabatan lain.. markah 86% tersebut di kategorikan sebagai pekerja yang bermasalah..
Namun apabila tiba penilaian merit untuk kenaikan pangkat.. pegawai dari semua jabatan ini akan disatukan.. dan pegawai yang mempunyai markah SKT yang tinggi akan mempunyai peluang yang cerah..
Anda senior?? Hehe.. kekananan hanya dikira jika merit anda sama.. jika merit anda rendah.. tidak kiralah anda senior ke.. super senior ke.. jangan harap la anda boleh naik pangkat..
Kesimpulan di sini ialah.. jika budaya ofis anda memberi markah tidak lebih 90%.. bermakna anda dalam masalah.. tiba masanya anda berpindah ke jabatan lain.. melainkan anda memang tidak mahu naik pangkat.. atau telah selesa di ofis anda sekarang..
Atau pun jika Penilaian SKT dibuat secara objektif seperti dibawah ..maka perkara ini dapat diselesaikan
Contoh SKT secara objektif
Adakah pegawai seorang yang cekap
A. Ya
B. Tidak
Adakah pegawai seorang yang rajin
A. Ya
B. Tidak
Ptk saya dapat 4-4 dengan sekali ambik sahaja
Keputusan PTK adalah bertujuan untuk pergerakan gaji sahaja.. jika anda lulus pun sudah memadai untuk anda naik pangkat.. dan jika PTK anda cemerlang.. belum tentu anda boleh naik pangkat.. (tapi sekarang dah takde PTK)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan