Ahad, 25 September 2011

4 Perkara Berkaitan Wanita dan Susut Nilai


Jika anda belajar prisip perakaunan anda akan biasa mendengar perkataan susut nilai. Susut nilai bererti nilai barangan tersebut semakin berkurang. Contohnya kereta. Dalam masa setahun sahaja nilainya boleh menyusut antara 5%-10%. Begitu juga wanita.

Kenapa wanita? Bukan lelaki. Lelaki umpama tanah. Nilainya tidak menyusut tetapi makin meningkat dari hari ke hari.  Ini kerana lelaki semakin berkurangan. Bila permintaan melebihi penawaran harga sesuatu barang akan meningkat.  Kacau wali jika lelaki tersebut mempunyai kerosakan2 yang major.  Tak percaya?? kalo tak caya sy bagi ni sbg contoh ye.. kalau la.. ku bilang kalau.. Dr M yang dah umur  86thn tu..offer sapa nak jd bini dia.. musti beratur org nak.. tp cuba try Siti Hasmah yg ofer.. hmm


Berbalik kepada tajuk.. hasil kajian di opis saya mendapati wanita dikatakan akan susut nilai apabila

Umur semakin meningkat

Jika wanita berumur 35 tahun dan ke atas serta masih single manggel, anggap sahaja wanita tersebut akan menjalankan sisa hidupnya sebagai Andalusia. Ini kerana sukar bagi mereka mencari teman hidup pada usia tersebut. Apatah lagi pekerjaan mereka hanya duduk di opis sahaja dan tidak bertemu org luar kecuali rakan sekerja. Bayangkan 8-9 jam sahaja dihabiskan di opis. Kemudian pulang dan tidur. Mana ada peluang nak cari teman hidup lagi. Lain la wanita tersebut berumur 25 tahun dan kebawah. Walau pun duk saja kat opis pasti ada lelaki yg berusaha untuk bertemu mereka. Paling tidak pun bos lelaki mereka.

Umur meningkat + jawatan besar

Lagi tinggi jawatan mereka lagi cepat susut nilai mereka. Mengape?? Ini kerana wanita yang telah meningkat ke 30an – 40an dan berjawatan besar akan merasa selesa dengan kehidupan mereka. Walaupun tanpa lelaki di dalam kehidupan, mereka masih mampu menjalani hidup yang mewah. Lelaki juga jarang berfikir untuk menjadikan bos mereka sebagai isteri.

Faktor penuaan

Biasala.. bila umur da meningkat, kulit pun da kedut2. Alligment pun da lari sana sini. Cutting pun da tak mcm anak dara. So.. adalah susut nilai.

Dah berkahwin

Bila wanita dah berkahwin nilainya pasti la menurun. Sapa nak usya bini org. nak mampus.. walau cantik manapun dia, dia tetap bini org. takleh kacau. Laki org bleh kacau . sebab kami ada banyak kouta.. eh eh eh….


                                 Antara wajah-wajah yang takde susut nilai..

Khamis, 22 September 2011

Filem Hantu Bonceng Menghina Islam??

Tottt.. apa cellup… Pas kata pengarahnye takde senseviti terhadap agama Islam.. Pengarahnye pula kata kalo perkara tu menyentuh senseviti mesti dah kena cut dengan Lembaga penapisan filem.. lembaga plak kata..mereka akan tengok balik . dah macam bangau oh bangau.. orang ni kata orang ni.. last2 ia akan berlalu begitu saja.. mungkin pengarah filem bleh minta maaf "jika" ada perkara2 yg menyentuh senseviti umat islam. so tak perlu la menunding sana sini.. filem pun dah tayang.. duit pun dah masyuk.. hanya turun kan ego skit perkara bleh selesai.. lembaga pun tak yah nak pening kepala nak tengok balik cite tersebut.. pas pun dah boleh diam. sebabnya menutup kesalahan orang lain dan mengwar-warkan kebaikan adalah lebih baik..

Pokok nye benarkah filem ini menghina Islam.. hmm kalo diamati ada la juga lakonan mereka yang mengjengkelkan saya.. contohnya apabila tengok ayu kat rumah tengah tido sambil kain terangkat.. kemudian kunyit melaungkan azan.. apa kejadahnya.. lagi kata da taubat.. tapi bawak perempuan duduk rumah sekali.. tu bukan budaya kita tu.. asal bertaubat je nak tasbih?? awek abg dia nasihat suruh sembahyang pastu nak pegi kelab plak.. hmm mungkin boleh menyelitkan unsur2 islam tetapi jangan terlalu banyak la kot.. skit2 je.. tak sesuai.. sebabnya filem tu dah banyak unsur kemaksiatan..  apa-apa pun keseluruhannya filem ni ok la.. bleh bagi 3 bintang..

Naik gaji ke Bonus??

Ha.. org gomen demo nak naik gaji ko nak bonus sebulan setengah.. ha pilih.. kalo sy la musti la nak dua2.. bonus tu bg sebulan gaji pun da ok.. pastu bagi la 25% kenaikan gaji.. baru syiok..

Tapi macam biasa.. org2 gomen ni sentiasanya tak cukup.. ngan alasan bila gaji naik harga barang naik.. minyak naik.. income tax naik.. alamak..bila nak besyukur pun tak tau.. biasa la tu harga barang naik. Tapi kat pasaraya tu kan ada pilihan. Ada barang murah, barang sederhana dan barang mewah. Kalo awak gaji kecik beli jela barang murah. Ini idak, dah la gaji sikit sibuk plak nak pakai barang mewah. Memang la tak cukup. Lagi nak sibuk2 cite pasal income tax tu pejadahnye.. kata gaji skit tak payah le bayar. Pasal minyak ni isu lama. Kalo da tak cukup duit beli minyak tu beli la keta kecik2. Save minyak. Tak pun guna je minyak masak..

Ada lagi yang kata kalo gaji naik pegawai2 atasan akan merasa lebih.. mereka yang dibawah ni tak rasa sangat.. come on la.. memang la mcm tu. Tak kan gaji naik gaji drebar nak sama ngan gaji menteri plak.. Kalu awak nak gaji banyak jugak awak blaja la pandai2. Dapat degree dapat master pastu jadi bos.. baru la gaji banyak.. ni tak.. dulu orang suh skolah maleh.. ni dah bengap macam ni sibuk nak suruh gomen nolong..


               Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

Rabu, 21 September 2011

Harimau Muda tewas di tangan Jepun

Harimau Muda kalah dengan Jepun dlm perlawanan bola sepak kelayakan sukan olympic. 2-0. Biasa la tu.. kalo Malaysia kalahkan Jepun baru luar biasa. Bukan nak kutuk atau mengata. Tp itu hakikat nya. Takde la kecewa sgt. Tp kecewa jugak la. Janji nak menyerang habis –habisan tp.. hmm asal nak serang je kandas tgh padang.. ada la 2, 3 peluang masa second half. Tp disia-siakan je.

Tp perkara tu tak perlu dirisaukan.. yg penting kita kena pastikan bahawa ada pelapis yg akan menggantikan mereka.. kedua pastikan pemain2 kita yg akan datang lebih tinggi dan besar badan nye. Tak mau da kecik2 mcm skrg. Nak body contact pun tak jatuh player jepun nu.. kepada player2 malaysia semua.. slmt berjaya..

                                                           Apek cemerlang..

BIASA LA TU...

Biasa la tu.. haa ini adalah tageline sy.. ala kalo kita tgk kat AF, sebelum mereka menyanyi mereka akan ckp mcm ni. Kalo mawi dia ckp. “Hi sy Mawi, jgn lupa afundi sy Mawi, WORLD” kalo dafi plak “BAIK PUNYA…” kalo Mila “Waz up waz up” ha kalo sy plak “BIASA LA TU…” (tone dia mcm kakak siti nurhaliza tu).

Mana sy dapat perkataan “biasa la tu” ni? Ia adalah bermula di komplek membeli belah Warta Bangi. Sekarang telah di ambil alih oleh Bintang. Masa tu sy baru blk main bowling. Masa nak turun lif, ada sorang brader ni tersepit pintu lif. Dengan muka yg tenang beliau berkata “biasa ni..biasa..” kemudian dtg lg couple, nak naik lif yg sama. Pun terkepit. Brader muka tenang td skali lg memberi kata-kata perangsang kepada couple yg terkepit yg dah malu2 kucing dgn berkata “biasa tu.. biasa..”.

Kemudian sejak dr itu perkataan biasa itu sering kedengaran. Masa pegi klinik bwk baby sy, wife sy bg la tau anak sy lps menyusu dia akan muntah.. doctor tu berkata.. “biasa tu.. biasa..” wife sy berkata lg “dalam mata anak sy ada mcm darah” dokter berkata “biasa tu..biasa”.. “anak sy 3 hari tak buang air besar”.. “biasa tu..biasa..” ehhh dokter ni semua biasa..

So dgn itu sy pun sering menggunakan perkataan “biasa tu..biasa”. bila org tanya ngape duit gaji tak penah cukup? “biasa tu..biasa”.. ngape opis ko suka panggil meting last minit? “biasa tu..biasa”.. ngape ko pakai baju melayu hari rabu? “Biasa tu..biasa” ngape ko datang lewat balik awai? “sebab aku pegawai.. biasa tu.. biasa..”


                                                Ini la kakak siti yg msk AF tu.. saida

JAMUAN HARI RAYA..MENGAPA DAN KENAPA..

Macam biasa bila tiba hari raya org sibuk buat rumah terbuka.. namun ada beberapa perkara yang ketara apabila majlis jamuan tersebut dibuat di satu tempat yg bsr, contoh jamuan hari raya di tempat kerja. setelah diperhatikan berikut adalah perkara yang sering berlaku..

Lelaki pakai sesimple yg boleh

·         Lelaki jarang mengenakan pakaian yang glemor2 berbanding perempuan yang kebykkannya memakai baju dah mcm artis..Kalo pakai baju melayu pun tak lengkap kekadang tak pakai sampin tak pakai songkok.. kenapa erk.. hasil kajian sy mendapati lelaki akan merasa malu apabila dia sorang je pkai glamor2 sedangkan kwn2 lain pkai bj biasa je.. so utk tidak dimalukan dan disisihkan oleh kwn2 lain mereka mengambil langkah selamat dgn memakai bj kerja sahaja.. kalo majlis tu mlm pakai kemeja ngan jeans je.. melainkan jika lelaki itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi.. mcm sy. sy akan tetap memakai bj melayu lengkap bersampin dan songkok. bkn nak nampak hebat.. tp sj nak meriahkan majlis. ni kan jamuan hari raya. kena la pakai baju raya.
·         lg kalo lelaki pkai ensam2 sgt nanti mereka akan ditegur oleh seluruh kakitangan opis kerana sblm ni mereka memang selekeh..

Org perempuan akan bergambar sakan..

·         setelah diperhatikan kalo ada majlis2 je musti org perempuan akan bergmbr sakan mcm lps ni da tak bleh nak bergmbr da. padahal setiap thn bergmbr ngan org yg sama je..kalo kemera pkai kodak dah lama da kodak tu abis.. sbnr nye mereka bergmbr mcm nak rak ni adalah kerana mereka merasakan pakaian, make up dan eksesori mereka adalah yg paling lawa. time majlis2 mcm ni kalo tgk semua nye nak pkai bj yg ketat ikut body.. pastu jarang2 lak tu.. hmm

ambik makanan mcm tak penah mkn

·         hmm kalo jamuan tu hidangan nyer sate siap la.. berebut. padahal semalam br je mkn sate kat umah. nak kate sate mahal takde la mahal sgt.. 60sen je sebatang.. paling mahal pun RM1.20 kat kedai area gate 1 putrajaya nu.. itu pun mkn 3 cucuk kenyang 3 hari.. kat opis sy ni blm sempat katering seting sate kat meja mereka da siap serbu kat dapur da.. siap ambik byk2 lg. konon nye untuk satu meja mkn.. hasilnye.. tak abis la. membazir.

excited lebih

·         haha.. kalo tgk satu2 group tu tetiba je excited lebih.. padahal sblm ni kat opis sonyap yo.. tunduk je kat meja nu.. kalo ada elaun tunduk bleh bg kat dia.. tp bila tiba je majlis hari raya.. huha sana huha sini.. gelak kuat2.. hmm mcm lakonan pun ada gak.. ngape ye?? haa ini adalah kerana sistem enderneline mereka meningkat secara mendadak. ia adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum akan kehadiran mereka.hmm perlu ke??

Ambik gambar geng2 je

·         Kadang2 dlm jamuan hari raya akan disediakan meja bulat yg besar.. meja bulat tu akan kita duduk bersama2 geng kita.. tp mybe ada la 2 atau 3 seat yang akan diduduki oleh orang yang kita tak berapa kenal. tp stil satu opis. kita pun sibuk la mengambil gmbr2 geng2 kita siap meng..sisihkan 2 orang asing tersebut. bila difikirkan apakah perasan mereka?? kenapa tak ajak mereka bergmbr sama?? bukan kah jamuan mcm ni bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim..

Org laki selesa memakai baju melayu johor

·         hehe apabila makan banyak perut akan menjadi buncit.. bila buncit tak smart dah tuk in.. so untuk tidak menampakkan perut yg buncit lelaki akan mengeluarkan baju mereka dari sampin dan akan kelihatan seperti baju melayu johor.. hehe