Rabu, 21 September 2011

JAMUAN HARI RAYA..MENGAPA DAN KENAPA..

Macam biasa bila tiba hari raya org sibuk buat rumah terbuka.. namun ada beberapa perkara yang ketara apabila majlis jamuan tersebut dibuat di satu tempat yg bsr, contoh jamuan hari raya di tempat kerja. setelah diperhatikan berikut adalah perkara yang sering berlaku..

Lelaki pakai sesimple yg boleh

·         Lelaki jarang mengenakan pakaian yang glemor2 berbanding perempuan yang kebykkannya memakai baju dah mcm artis..Kalo pakai baju melayu pun tak lengkap kekadang tak pakai sampin tak pakai songkok.. kenapa erk.. hasil kajian sy mendapati lelaki akan merasa malu apabila dia sorang je pkai glamor2 sedangkan kwn2 lain pkai bj biasa je.. so utk tidak dimalukan dan disisihkan oleh kwn2 lain mereka mengambil langkah selamat dgn memakai bj kerja sahaja.. kalo majlis tu mlm pakai kemeja ngan jeans je.. melainkan jika lelaki itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi.. mcm sy. sy akan tetap memakai bj melayu lengkap bersampin dan songkok. bkn nak nampak hebat.. tp sj nak meriahkan majlis. ni kan jamuan hari raya. kena la pakai baju raya.
·         lg kalo lelaki pkai ensam2 sgt nanti mereka akan ditegur oleh seluruh kakitangan opis kerana sblm ni mereka memang selekeh..

Org perempuan akan bergambar sakan..

·         setelah diperhatikan kalo ada majlis2 je musti org perempuan akan bergmbr sakan mcm lps ni da tak bleh nak bergmbr da. padahal setiap thn bergmbr ngan org yg sama je..kalo kemera pkai kodak dah lama da kodak tu abis.. sbnr nye mereka bergmbr mcm nak rak ni adalah kerana mereka merasakan pakaian, make up dan eksesori mereka adalah yg paling lawa. time majlis2 mcm ni kalo tgk semua nye nak pkai bj yg ketat ikut body.. pastu jarang2 lak tu.. hmm

ambik makanan mcm tak penah mkn

·         hmm kalo jamuan tu hidangan nyer sate siap la.. berebut. padahal semalam br je mkn sate kat umah. nak kate sate mahal takde la mahal sgt.. 60sen je sebatang.. paling mahal pun RM1.20 kat kedai area gate 1 putrajaya nu.. itu pun mkn 3 cucuk kenyang 3 hari.. kat opis sy ni blm sempat katering seting sate kat meja mereka da siap serbu kat dapur da.. siap ambik byk2 lg. konon nye untuk satu meja mkn.. hasilnye.. tak abis la. membazir.

excited lebih

·         haha.. kalo tgk satu2 group tu tetiba je excited lebih.. padahal sblm ni kat opis sonyap yo.. tunduk je kat meja nu.. kalo ada elaun tunduk bleh bg kat dia.. tp bila tiba je majlis hari raya.. huha sana huha sini.. gelak kuat2.. hmm mcm lakonan pun ada gak.. ngape ye?? haa ini adalah kerana sistem enderneline mereka meningkat secara mendadak. ia adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum akan kehadiran mereka.hmm perlu ke??

Ambik gambar geng2 je

·         Kadang2 dlm jamuan hari raya akan disediakan meja bulat yg besar.. meja bulat tu akan kita duduk bersama2 geng kita.. tp mybe ada la 2 atau 3 seat yang akan diduduki oleh orang yang kita tak berapa kenal. tp stil satu opis. kita pun sibuk la mengambil gmbr2 geng2 kita siap meng..sisihkan 2 orang asing tersebut. bila difikirkan apakah perasan mereka?? kenapa tak ajak mereka bergmbr sama?? bukan kah jamuan mcm ni bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim..

Org laki selesa memakai baju melayu johor

·         hehe apabila makan banyak perut akan menjadi buncit.. bila buncit tak smart dah tuk in.. so untuk tidak menampakkan perut yg buncit lelaki akan mengeluarkan baju mereka dari sampin dan akan kelihatan seperti baju melayu johor.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan