Ahad, 25 September 2011

4 Perkara Berkaitan Wanita dan Susut Nilai


Jika anda belajar prisip perakaunan anda akan biasa mendengar perkataan susut nilai. Susut nilai bererti nilai barangan tersebut semakin berkurang. Contohnya kereta. Dalam masa setahun sahaja nilainya boleh menyusut antara 5%-10%. Begitu juga wanita.

Kenapa wanita? Bukan lelaki. Lelaki umpama tanah. Nilainya tidak menyusut tetapi makin meningkat dari hari ke hari.  Ini kerana lelaki semakin berkurangan. Bila permintaan melebihi penawaran harga sesuatu barang akan meningkat.  Kacau wali jika lelaki tersebut mempunyai kerosakan2 yang major.  Tak percaya?? kalo tak caya sy bagi ni sbg contoh ye.. kalau la.. ku bilang kalau.. Dr M yang dah umur  86thn tu..offer sapa nak jd bini dia.. musti beratur org nak.. tp cuba try Siti Hasmah yg ofer.. hmm


Berbalik kepada tajuk.. hasil kajian di opis saya mendapati wanita dikatakan akan susut nilai apabila

Umur semakin meningkat

Jika wanita berumur 35 tahun dan ke atas serta masih single manggel, anggap sahaja wanita tersebut akan menjalankan sisa hidupnya sebagai Andalusia. Ini kerana sukar bagi mereka mencari teman hidup pada usia tersebut. Apatah lagi pekerjaan mereka hanya duduk di opis sahaja dan tidak bertemu org luar kecuali rakan sekerja. Bayangkan 8-9 jam sahaja dihabiskan di opis. Kemudian pulang dan tidur. Mana ada peluang nak cari teman hidup lagi. Lain la wanita tersebut berumur 25 tahun dan kebawah. Walau pun duk saja kat opis pasti ada lelaki yg berusaha untuk bertemu mereka. Paling tidak pun bos lelaki mereka.

Umur meningkat + jawatan besar

Lagi tinggi jawatan mereka lagi cepat susut nilai mereka. Mengape?? Ini kerana wanita yang telah meningkat ke 30an – 40an dan berjawatan besar akan merasa selesa dengan kehidupan mereka. Walaupun tanpa lelaki di dalam kehidupan, mereka masih mampu menjalani hidup yang mewah. Lelaki juga jarang berfikir untuk menjadikan bos mereka sebagai isteri.

Faktor penuaan

Biasala.. bila umur da meningkat, kulit pun da kedut2. Alligment pun da lari sana sini. Cutting pun da tak mcm anak dara. So.. adalah susut nilai.

Dah berkahwin

Bila wanita dah berkahwin nilainya pasti la menurun. Sapa nak usya bini org. nak mampus.. walau cantik manapun dia, dia tetap bini org. takleh kacau. Laki org bleh kacau . sebab kami ada banyak kouta.. eh eh eh….


                                 Antara wajah-wajah yang takde susut nilai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan