Rabu, 26 Oktober 2011

Kesian Dafi..

Ini bukan cerita Dafi AF.. baik punyer..tapi cerita dafi bekas diktator Libya.. Muamar Gadhafi.. 4 hari lepas kematian masih belum dikebumikan.. sampai mayat dah busuk.. sampai air mayat dah keluar..sampai warna mayat dah bertukar hitam..

Kan ke menguruskan mayat tu fardu kifayah.. kalo takde orang nak uruskan boleh berdosa satu kawasan atau negeri tersebut.

Sudah-sudah la bercakap keburukan arwah.. Bukan ke adab melawat orang meninggal kita digalakkan bercakap tentang kebaikan si mati..

Walaupun apa pun dosanya.. hanya Allah yang akan memberi hukuman.. bukan kita sebagai manusia.. bila dilihat tentang perilaku rakyat yang menyiksa arwah..sama je.. kata dulang paku sepih.. mengata orang dia yang lebih..

Bersama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas si mati.. al-fatihah..


Isnin, 24 Oktober 2011

Berkatkah rezeki ku

Bekerja makan gaji adalah pekerjaan yang sangat sukar untuk mendapat keberkatan..
Sebabnya kita sering memonteng apabila waktu kerja.. rakan sekerja saya kata kita mestilah duduk di opis semasa waktu kerja..baru berkat..

Hmm.. saya adalah diantara orang yang di kategorikan sebagai kurang ajar berdisiplin.. selalu datang opis lewat.. keluar rehat awal..masuk balik lewat.. Cuma balik je on time.. ada hasrat nak berubah tapi sekejap je.. pastu jadi balik.. dah jadi tabiat orang kata.. dari sekolah lagi macam ni.. dulu masa sekolah.. waktu perhimpunan.. baru saya sampai, kalo line tak clear tunggu abis perhimpunan baru masuk kelas.. masa asrama dulu plak.. orang dah siap berkumpul pagi saya baru nak mandi.. so.. selalu la kena libas ngan warden.. selesai kumpul pagi.. orang pegi kelas saya pegi dewan makan.. sarapan.. akibatnya selalu kantoi ngan ketua warden.. kena libas kat tangan.. zaman u dulu jangan cakap la.. 5 minit nak habis kelas baru saya sampai..menyelinap secara senyap.. yang penting attendant sain.. sekarang kat opis saya tak bleh nak duk opis lama2.. saya akan selalu ghaib.. tu rakan sekerja saya kata tak berkat tu.. mungkin jugak.. tu pasal gaji tak penah cukup..

Untuk menghalalkan cara.. saya cuba membuat pendapat sendiri.. saya berpendapat gaji saya dibayar kerana kerja yang saya lakukan bukan kerana jam saya berkerja. Walaupun undang2 nya mengkehendaki kita bekerja 8 jam, tapi tak semestinya kena duk opis selama 8 jam tersebut. Kalo nak kira keberkatan mengikut jam.. camne kalo nak pegi toilet?? Camne kalo asyik sembang je?? Camne kalo takde keja dan waktu tu ngadap internet je?? Walaupun ada kat opis tapi tengok internet, main game dan tengok movie nak buat apa.. membazir elektrik je..

Saya menganggap saya adalah orang berniaga yang menawarkan perkhidmatan perakauanan. Sebab saya belajar accounting. So dengan berbekalkan pengetahuan ini majikan berminat mendapatkan perkhidmatan saya iaitu membuat accounting. So saya dibayar untuk membuat perakaunan dan kerja-kerja yang telah dipersetujui. Saya dibayar apabila kerja2 tersebut siap. disini takde la timbul berapa jam saya perlu menyiapkan kerja saya. Selagi kerja tu siap maka berkatlah gaji saya..

Hmm ni just pendapat.. kalo nak tengok orang gaji berkat.. tengok orang kampong yang buat sawah nu.. walaupun buat sawah je..dah dekat 3 kali pegi haji.. tengok kita?? Gaji ribu riban.. pegi haji pun tak mampu lagi..

Khamis, 20 Oktober 2011

Kenaikan pangkat dan pemangkuan

Asas kenaikan pangkat pegawai kerajaan adalah berdasarkan merit. Untuk naik pangkat Lembaga kenaikan pangkat akan mengambil kira

         i.            Kecekapan dan prestasi
       ii.            Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
      iii.            Sifat-sifat peribadi dan kesesuaian jawatan kenaikan pangkat itu
    iv.            Kegiatan luar dan sumbangan

Jika mengiraan merit sama,  maka perkara berikut diambil kira

         i.            Kelayakkan akademik
       ii.            Pengalaman kerja
      iii.            Kekananan

Dan kenaikan pangkat hanya boleh dipertimbangkan jika telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan.


Sumber: Perlembagaan Persekutuan  P.U.(A)176

Secara logiknya merit seseorang pegawai hanya boleh dinilai melalui keputusan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai iaitu menggunakan peratus. Mana mungkin Lembaga mengetahui kecekapan, prestasi, kemahiran, sifat peribadi pegawai jika mereka tidak pernah bekerja bersama.

Masalahnya di sini penilaian SKT pegawai adalah satu perkara yang subjektif.. setiap kementerian atau jabatan mempunyai penilaian yang berbeza-beza.

Sebagai contoh.. di jabatan A.. jika anda bekerja dengan cemerlang.. anda akan mendapat markah 90%.. manakala di jabatan B.. jika anda bekerja dengan cemerlang anda akan mendapat 98% dan jika anda pekerja yang average anda mendapat 91%.. nampak tak perbezaan di sini.. Penilaian tersebut adalah subjektif.. tidak sama antara satu jabatan dengan jabatan yang lain..

Di ofis saya.. jika anda mendapat markah 86% anda akan dianugerahkan pekerja cemerlang.. tapi tidak di jabatan lain.. markah 86% tersebut di kategorikan sebagai pekerja yang bermasalah..

Namun apabila tiba penilaian merit untuk kenaikan pangkat.. pegawai dari semua jabatan ini akan disatukan.. dan pegawai yang mempunyai markah SKT yang tinggi akan mempunyai peluang yang cerah..

Anda senior?? Hehe.. kekananan hanya dikira jika merit anda sama.. jika merit anda rendah.. tidak kiralah anda senior ke.. super senior ke.. jangan harap la anda boleh naik pangkat..

Kesimpulan di sini ialah.. jika budaya ofis anda memberi markah tidak lebih 90%.. bermakna anda dalam masalah.. tiba masanya anda berpindah ke jabatan lain.. melainkan anda memang tidak mahu naik pangkat.. atau telah selesa di ofis anda sekarang..

Atau pun jika Penilaian SKT dibuat secara objektif seperti dibawah ..maka perkara ini dapat diselesaikan

Contoh SKT secara objektif

Adakah pegawai seorang yang cekap

A.    Ya
B.      Tidak

Adakah pegawai seorang yang rajin

A.    Ya
B.      Tidak


Ptk saya dapat 4-4 dengan sekali ambik sahaja

Keputusan PTK adalah bertujuan untuk pergerakan gaji sahaja.. jika anda lulus pun sudah memadai untuk anda naik pangkat.. dan jika PTK anda cemerlang.. belum tentu anda boleh naik pangkat.. (tapi sekarang dah takde PTK)..


Selasa, 18 Oktober 2011

Helmet pun nak curi ke???

Pagi tadi nak pegi keja turun tengok helmet motor yang saya ikat di motor telah hilang.. sakit nye hati.. terpaksa naik kembali ke rumah ambik helmet lagi satu..

Masuk ni dah 2 helmet saya kena rembat.. sapa la yang miskin sangat sampai helmet buruk saya pun nak di curi.. kemudian saya start enjin motor.. tengok meter minyak tak naik2.. aik rasa nye kelmarin baru isi ni.. bukak penutup tank tengok minyak tinggal skit je lagi.. rasa saluran dekat karburatur ada kesan petrol.. sah.. minyak petrol pun dia sebat..

Rasanye ni bukan keje orang dewasa ni.. takkan la orang dewasa tak mampu nak beli petrol ngan helmet sendiri..

Yang saya sangat sakit hati ialah saya lewat sampai ofis.. sebab first kena naik balik rumah ambik helmet.. pagi-pagi macam ni nak tunggu lif memang berjanggut.. lambat.. maklum la orang sibuk nak ke opis kan.. ada yang nak anta anak ke pengasuh lagi.. dan second kena singgah stesen minyak isi petrol.. sebab ni kali ke 3 petrol saya kena curi.. first kena curi petrol.. moto langsung tak bleh start.. second terberhenti dekat traffic light.. terpaksa menolak balik..

Apa-apa pun.. jangan harap la saya nak halalkan apa-apa yang dicuri.. cari la saya kat padang masyar kang.. tapi itu pun kalo jumpa.. hahaha.. setiap dosa pasti ada balasan nya…

Isnin, 17 Oktober 2011

Pelaburan paling menguntungkan

“kalo ko ada RM200k ko nak buat apa?”

Tanya rakan opis saya apabila mengetahui yang bos saya baru je bersara dan akan mendapat duit ganjaran yang banyak..

“kalo aku ada duit aku nak beli umah..pastu kalo duit tu ada lebih aku simpan asb.. pastu aku berenti keja.. duk umah je.. makan dividen asb ..”

“uih.. tak untung tu”.. kata rakan saya  “kalo aku.. aku beli tanah buat tanam kelapa sawit.. tak pun getah.. ha baru untung..”

Itu pendapat dia.. kalo rajin boleh la buat benda tu.. macam saya ni jenis pemalas.. kalo bleh tak nak wat keja langsung.. lepak berduit baru best..

Kalo nak ikutkan.. banyak pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan maksima.. melabur dalam hartanah.. melabur dalam perniagaan.. beli rumah pastu sewakan.. buat ladang ternakan.. tu suma bleh wat untung tu.. tapi bagi saya la.. pelaburan yang paling menguntungkan adalah melabur kepada anak..

Anak adalah aset paling menguntungkan kalo anak tersebut menjadi anak yang soleh atau solehah, bijak pandai, keja bagus.. dan pelaburan paling berisiko tinggi.. kalo anak tu tak jadi orang.. dan merupakan pelaburan jangka panjang yang banyak memerlukan pengorbanan..
Hmm tak caya?? Cuba tengok cite Keeping Up With Kardasian.. kaya tu.. buat anak jadi model je kan..

Kalo la ada duit.. dan masa.. maksudnya saya tak keja.. saya nak buat anak ramai2..contoh nya 11 orang anak ke.. hmm pastu alim2 pulak kan.. tak ke senang di akhirat nanti.. amin…

tapi kalo yang 2 orang ni menjadi pun dah alhamdullillah..

Khamis, 13 Oktober 2011

Kasut kulit khinzir

Hampeh betul.. kasut raya yang saya beli di Sungei Wang 2 bulan lepas diperbuat daripada kulit khinzir..

Adik saya ada bagi tau.. kalo kasut kulit murah-murah kat sana kebanyakkan dari kulit khinzir.. member dia dah ada yang terkena.. tapi saya beli jugak.. saya dah check da masa beli tu.. takde dot-dot 3 tu.. tapi saya check kat bahagian luar je.. tak check plak yang dalam nye..

Dah puas melenjan kasut tu pegi raya.. pegi jalan-jalan.. minggu lepas terdetik plak nak google tengok macam mana dot-dot 3 tu sebenarnya.. rupa-rupanya 3 dot tu kena tengok kat bahagian dalam..

Saya pun terus la check kasut saya tu.. dan ternyata.. 3 dot tu jelas kelihatan di bahagian dalam.. geli plak rasanye waktu tu.. dah la saya pakai kasut tak pakai stoking.. berpeluh .. kasut tu plak dah kena ujan..  basah-basah kasut tu saya simpan je dalam keta.. letak kat bonet.. pastu dah kering saya letak bawah seat supaya senang ambik..

Saya dah fobia da macam mana nak samak ni.. tak kan nak samak satu keta ni.. seluar saya pun kena jugak.. tak kan nak basuh jeans saya dengan air tanah..

Terpaksa la saya google tengok camne nak samak.. ada yang kata tak perlu samak dan ada kata perlu samak.. tapi untuk menghilangkan rasa was-was saya.. saya samak je.. bukan susah pun.. dalam internet kata kita hanya perlu samak anggota yang mula-mula terpegang najis berat tersebut sahaja.. namanya pun bukan “samak”.. tapi “sertu”.. guna 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa.. samak sebenarnya bermaksud membersihkan kulit binatang yang halal untuk kegunaan umat islam iaitu seperti membuang lemak, darah dan sebagainya..

Umah kuarters saya da la rumah apartment.. mana nak cari tanah..  yang banyak dekat taman permainan ngan area parking lot.. tapi segan la nak korek tanah depan khalayak ramai.. so saya ngan anak saya tunggu la nak dekat2 maghrib baru kami korek tanah.. kemudian tanah tu kami masukkan dalam tupperware.. dan kemudian acara meng sertu pun bermula la.. saya sertu tangan ngan kaki saya.. tangan dan kaki anak saya pun saya sertu jugak.. sebab anak saya pun ada terpegang kasut tu.. alhamdullillah.. segalanya berjalan lancar..

Kasut saya tu..saya masukkan dalam plastic dan buang.. sebab saya rasa tak selesa ngan karpet keta bawah seat dan karpet dalam bonet tu saya buang kedua-duanya.. saya gantikan yang baru.. abis duit saya.. padan muka saya.. seluar jeans saya pun saya buang.. geli plak rasenye.. sib baik sogo ada sale.. bleh beli jeans baru..
 
gila bersepah keta saya.. tak sempat pegi vacuum

Rabu, 12 Oktober 2011

Superman Filipina


Hahahaha.. lucu betul la.. orang Filipina ni siap wat plastic surgery semata-mata nak sama muka macam superman.. tak agak-agak.. macammmmm-macam..

UMNO


Bersatu kita bersatu
Dengan setia berganding bahu
Jiwa teguh berpadu
Kita rumpun melayu

Bersama kita bersama
Mendukung hasrat semua
Berjasa pada bangsa
Agama dan Negara

Lambang kita yang gagah
Dipandang mulia dan indah
“bersatu, bersetia, berkhidmat”
Cogan katanya

UMNO terus mara
Untuk rakyat Malaysia

Hahaha.. malam tadi telah menjadi sejarah apabila pertama kali saya menyanyikan lagu UMNO bersama-sama ahli-ahli baru bagi Cawangan baru yang akan ditubuhkan di Putrajaya ni.. kami adalah Cawangan yang ke 37 di Putrajaya ni..

Fuhh.. semangat mereka menyanyi lagu ni.. semangat dia dah macam perjumpaan MLM plak.. mari kita nyanyu.. haha teringat dulu masa zaman Loxur dulu.. punya semangat apek tu nak suruh orang nyanyi sampai tersasul.. nyanyi jadi nyanyu.. hahahahahahahaha lucu betul..

Perjumpaan malam tadi telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.. Dato’ K.. nama dia.. suaranye kuat.. waktu dia berucap ada perkara yang saya setuju.. antaranya ialah.. katanya "kalo satu hari nanti kita jatuh.. kita dah tak dapat dah apa yang kita ada sekarang.. macam Iraq.. Somalia.. banyak pihak yang akan ambil kesempatan.." so pertahankanlah apa yang kita ada sekarang..

Bila saya pikir betul jugak.. orang-orang arab sana tu bukan kecik2 badan dia macam kita.. badan diorang besar-besar.. kuat.. itu pun tak boleh nak lawan penceroboh.. apakan kita..

Dalam pertubuhan ni la kita kena bersatu.. jika ada perkara yang tidak setuju dalam pertubuhan ni la jugak kita suarakan.. tak perlu berpecah-pecah..

Harapan saya satu hari nanti.. UMNO bukan sahaja memperjuangkan melayu tetapi memperjuangkan agama Islam dengan lebih serius.. mari ustaz-ustaz.. alim ulamak.. orang bijak pandai..kita masuk UMNO.. kita tarbiahkan ahli-ahli kita dari sekarang.. mungkin 20 tahun akan datang kita berjaya melahirkan pemimpin UMNO yang Islamic…

p/s: saya masuk UMNO ni bukan sebab nak beli rumah PR1MA k..

Umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun

Mak aih.. da tua ganyut pun nak kojo laeii.. cukop2 la.. den ni ha baru 6 tahun kojo pun rasa macam dah nak pencen dah.. takdo mood nak kojo.. nyosal dulu ambik pencen umur 58 tahun.. kalo bleh nak ambik yo 56 tahun nu..

Tapi kalo ikut parent saya yang dah pencen gomen ni..diorang suruh ambik pencen umur 60 tahun tu.. katanye boring duk umah ni.. takde nak buat benda..

Aih.. mana bleh saya kata.. saya ada impian.. impian saya bila saya pencen nanti ialah nak beli motor besar dan nak jelajah satu Malaysia.. tapi selepas pegi haji dulu la.. haji wajib.. kalo mampu.. so kena buat dulu.. kemudian nak buat garage keta sendiri.. nak repair, ketuk dan spray keta sendiri.. bengang je kalo anta keta kat kedai.. bukan dia buat elok sangat.. buat rosak lagi ada..  kemudian nak beribadat banyak-banyak.. maklumla muda2 ni semayang asyik miss je kan..

Ni moto yang saya nak

p/s: ok la tu impian saya nak moto.. kalo impian saya nak pasang cawangan camne?? boleh je kalo mampu.. eh eh eh..

Jumaat, 7 Oktober 2011

5 asas menjalani kehidupan golongan pertengahan


Dalam Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 golongan individu iaitu golongan kaya, golongan yang sederhana@ pertengahan dan golongan miskin (yeke?? Saya buat andaian sendiri je). Golongan pertengahan terdiri daripada individu yang bekerja nak menikmati gaji mereka. Tiada harta kekayaan dari keturunan atau simpanan berjuta-juta.

Untuk menjalani hidup sebagai golongan pertengahan.. anda haruslah melakukan  perkara berikut bersama dengan komuniti (adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara, jiran tetangga dan rakan opis) anda

·         Suka bersaing

Tidak kira la bersaing secara sihat atau tidak.. asal boleh bersaing anda bersaing.. contohnya kalo orang  pakai keta besar anda mesti beli keta lagi besar, kalo orang renovate rumah, anda pun kena  renovate rumah.. orang pegi umrah..anda pun pegi umrah.. orang pegi haji..anda tunggu bersara kang baru pegi .. sebab duit tu boleh beli benda lain untuk bersaing..

·         Cerita tentang kehebatan diri dan keluarga

“anak saya ni.. kat sekolah.. dia no .1”, “anak saya lagi la.. bukan no 1 dalam sekolah je.. kat negeri ni pun dia no satu”..”uihh anak saya pun sama.. no 1 dalam Malaysia..” hah ni antara perbualan yang anda kena biasakan.. jika ada apa2 kehebatan dalam ahli keluarga anda..ceritakan kepada komuniti anda..

·         Menunjuk jika pakai barangan mewah @ branded

“tudung I suma fareda tauu..”.. “em I pun sama.. ariani semua nye”.. “I suka la pakai blackberry ni” ..”I suka I pad je”.. “Minggu depan vios I kluar”.. “city I tengah tunggu nombor plat”.  Oleh kerana kita dari golongan pertengahan dan duit tak banyak.. so bila kita berjaya membeli barangan branded.. kita mestilah menunjuk-nunjuk bagi memberi tahu orang ramai yang kita mampu pakai barangan tersebut walaupun kalo orang kaya benda tu biasa2 saja..

·         Obsess

Kalo baru tau satu benda tu.. anda mestilah obses.. contoh nye baru ada facebook..update setiap masa.. tak pun baru memakai tudung jenama fareda.. atau baru pandai makan makanan yang mahal2.. stik ke.. nasi arab ke..  lepak kat starbuck ke.. buat benda tu hari2.. pastu war-war kan kepada komuniti anda yang anda biasa pakai atau makan kat tempat2 macam tu..

·         Tunjuk gambar anda

Oleh kerana anda tidak kaya.. maka menunjuk-nunjuk seakan-akan anda kaya adalah satu kewajipan.. untuk menunjuk2 kekayaan ada banyak cara.. cara yang paling popular ialah melalui facebook.. letak la gambar anda pergi melancong.. gambar anda  baru membeli anset mahal.. gambar kereta baru anda.. atau gambar makanan dan restoran mahal yang anda baru kunjungi.. serta gambar-gambar  hadiah dari suami anda..

Banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan untuk berjaya menjalani kehidupan sebagai golongan pertengahan ini.. namun untuk hari ini saya senaraikan 5 dulu. Pokok pangkal nye.. anda mestilah pandai menunjukkan kelebihan anda dan menyorokkan kekurangan anda kepada komuniti anda.. dan ingat.. dalam komuniti anda sahaja.. jangan buat pada golongan kaya.. kerana bagi golongan kaya perkara yang kita buat itu adalah biasa2 je bagi mereka..




p/s: yang membezakan seseorang itu adalah iman dan amalannya…

Khamis, 6 Oktober 2011

PR1MA Putrajaya


Kelmarin keluar berita tantang pelancaran jualan rumah PR1MA kat precint 11 Putrajaya. Wife saya dengar je berita tu terus dia buka internet. Konon nak beli la. Dia tanya saya.. sama ada nak beli ke tak. Saya kata saya tak boleh beli.. sebab saya dah janji ngan parent saya nak beli rumah mereka. Parent saya sudah merancang supaya rumah yang mereka duduk sekarang akan diberi kepada adik lelaki bongsu saya.. manakala rumah lagi satu yang sedang disewakan.. dijual kepada saya.

Rumah yang dijual di Precint 11 tersebut adalah rumah pangsapuri. Berkeluasan 1006kp dan satu lagi 815kp dengan harga masing-masing RM150k dan 120k. ada 560 buah rumah kesemuanya. Member opis saya dah ada yang daftar. Ada yang daftar pada malam berita mengenai penjualan rumah tersebut. No giliran dia 700 lebih. Sorang lagi baru mendaftar tadi.. no giliran dia 4000 lebih. Ramai jugak yang berminat nak beli rumah tu nampak nya.. tak kurang juga yang mengatakan rumah tersebut mahal. Hehe saya la salah sorang yang mengatakan harga rumah itu mahal..

Sebab apa saya kata mahal.. first sebab dia apartment..  memang la harga apartment sekitar harga tersebut.. malah ada yang lebih tinggi.. tapi kan ini projek perumahan rakyat.. jual murah2 da la. Parent saya jual rumah kat saya harga dia RM150k.. tapi TERES plus corner lot..k.. Second sebab dia takde swimming pool.. ok.. kate kan dia letak harga RM150k pastu ada swimming pool ngan gym plus security ha.. baru la berbaloi.. exclusive skit..

Mahal tu sebenarnya antara alasan saya tak mau beli.. lagi sebab tak cukup duit buat masa ni.. kalo saya buat loan perumahan RM150k selama 30 tahun.. maka saya perlu membayar sebulan RM746 sedangkan sekarang saya duduk di kuartes saya membayar RM330.. maknanya saya kekurangan RM416.. tapi kononnya ada pelarasan gaji tahun depan.. cukup la kot..

Tapi bila cukup duit.. of coz la saya nak beli rumah teres.. tak nak saya duduk pangsapuri.. lagi2 kat putrajaya.. tak untung.. sekali gempa bumi kat indon.. bergegar putrajaya.. retak habis rumah.. tu tak campur lagi lif rosak.. kawasan kotor.. parking keta tak cukup pastu kena blok.. kecurian kenderaan.. pastu susah nak basuh keta.. susah nak bercucuk tanam.. nak kena bayar duit maintenance setiap bulan..

 hehe itu kata saya yang memang telah dibesarkan di kawasan rumah teres.. tapi yang memang dibesarkan di rumah pangsapuri.. ini semua perkara biasa.. small the matter.. ada kawan saya yang bergaji besar pun masih beli dan tinggal di pangsapuri kos rendah.. dah biasa katanya.. sebab dari dulu lagi memang dah dibesarkan di dalam suasana yang crowded macam tu.. terpulang la.. masing2 punya cita rasa.. tepuk dada tanya selera.. jangan lupa tepuk poket tu skali...

Isnin, 3 Oktober 2011

Tiada kesalahan langgar lampu isyarat merah


Langgar lampu isyarat disini bukan bermaksud melanggar tiang lampu isyarat. Tetapi bermaksud kalo lampu tu merah kita jalan je.. salah ke??

Mana salah.. selagi mahkamah tak menjatuhkan keputusan ke atas kesalahan tersebut maka tak salah la. Selagi polis tak keluarkan saman tak salah la tu.

Saya sering melanggar lampu isyarat merah. Wife saya selau bising kata saya buat kesalahan.  Saya tanya dia sapa kata salah. Sambil melanggar lampu merah tersebut  saya berkata “Ni abg jalan ni.. tak salah pun..”

Hakikatnya kita kena melihat apakah tujuan lampu isyarat itu diwujudkan. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan kita memberi laluan kepada kereta lain mengikut giliran. Kat Putrajaya ni asal ada simpang je ada lampu isyarat. Kalo ada 48 simpang maka ada 48 lampu isyarat..Kalo dah tengok jalan lengang je sunyi sepi macam hari raya pertama.. tak kan la nak berenti di setiap lampu isyarat nu. Dah takde keta kita jalan la.. fokus kepada tujuan.. untuk memudahkan pengguna jalan raya.. kalo dah setengah jam berenti nak tunggu hijau di jalan yang lengang tak ke menyusahkkan tu.. so.. ini kan blog saya.. suka ati saya la apa pendapat saya..

                                                         
                                                            Merah tanda marah

Ahad, 25 September 2011

4 Perkara Berkaitan Wanita dan Susut Nilai


Jika anda belajar prisip perakaunan anda akan biasa mendengar perkataan susut nilai. Susut nilai bererti nilai barangan tersebut semakin berkurang. Contohnya kereta. Dalam masa setahun sahaja nilainya boleh menyusut antara 5%-10%. Begitu juga wanita.

Kenapa wanita? Bukan lelaki. Lelaki umpama tanah. Nilainya tidak menyusut tetapi makin meningkat dari hari ke hari.  Ini kerana lelaki semakin berkurangan. Bila permintaan melebihi penawaran harga sesuatu barang akan meningkat.  Kacau wali jika lelaki tersebut mempunyai kerosakan2 yang major.  Tak percaya?? kalo tak caya sy bagi ni sbg contoh ye.. kalau la.. ku bilang kalau.. Dr M yang dah umur  86thn tu..offer sapa nak jd bini dia.. musti beratur org nak.. tp cuba try Siti Hasmah yg ofer.. hmm


Berbalik kepada tajuk.. hasil kajian di opis saya mendapati wanita dikatakan akan susut nilai apabila

Umur semakin meningkat

Jika wanita berumur 35 tahun dan ke atas serta masih single manggel, anggap sahaja wanita tersebut akan menjalankan sisa hidupnya sebagai Andalusia. Ini kerana sukar bagi mereka mencari teman hidup pada usia tersebut. Apatah lagi pekerjaan mereka hanya duduk di opis sahaja dan tidak bertemu org luar kecuali rakan sekerja. Bayangkan 8-9 jam sahaja dihabiskan di opis. Kemudian pulang dan tidur. Mana ada peluang nak cari teman hidup lagi. Lain la wanita tersebut berumur 25 tahun dan kebawah. Walau pun duk saja kat opis pasti ada lelaki yg berusaha untuk bertemu mereka. Paling tidak pun bos lelaki mereka.

Umur meningkat + jawatan besar

Lagi tinggi jawatan mereka lagi cepat susut nilai mereka. Mengape?? Ini kerana wanita yang telah meningkat ke 30an – 40an dan berjawatan besar akan merasa selesa dengan kehidupan mereka. Walaupun tanpa lelaki di dalam kehidupan, mereka masih mampu menjalani hidup yang mewah. Lelaki juga jarang berfikir untuk menjadikan bos mereka sebagai isteri.

Faktor penuaan

Biasala.. bila umur da meningkat, kulit pun da kedut2. Alligment pun da lari sana sini. Cutting pun da tak mcm anak dara. So.. adalah susut nilai.

Dah berkahwin

Bila wanita dah berkahwin nilainya pasti la menurun. Sapa nak usya bini org. nak mampus.. walau cantik manapun dia, dia tetap bini org. takleh kacau. Laki org bleh kacau . sebab kami ada banyak kouta.. eh eh eh….


                                 Antara wajah-wajah yang takde susut nilai..

Khamis, 22 September 2011

Filem Hantu Bonceng Menghina Islam??

Tottt.. apa cellup… Pas kata pengarahnye takde senseviti terhadap agama Islam.. Pengarahnye pula kata kalo perkara tu menyentuh senseviti mesti dah kena cut dengan Lembaga penapisan filem.. lembaga plak kata..mereka akan tengok balik . dah macam bangau oh bangau.. orang ni kata orang ni.. last2 ia akan berlalu begitu saja.. mungkin pengarah filem bleh minta maaf "jika" ada perkara2 yg menyentuh senseviti umat islam. so tak perlu la menunding sana sini.. filem pun dah tayang.. duit pun dah masyuk.. hanya turun kan ego skit perkara bleh selesai.. lembaga pun tak yah nak pening kepala nak tengok balik cite tersebut.. pas pun dah boleh diam. sebabnya menutup kesalahan orang lain dan mengwar-warkan kebaikan adalah lebih baik..

Pokok nye benarkah filem ini menghina Islam.. hmm kalo diamati ada la juga lakonan mereka yang mengjengkelkan saya.. contohnya apabila tengok ayu kat rumah tengah tido sambil kain terangkat.. kemudian kunyit melaungkan azan.. apa kejadahnya.. lagi kata da taubat.. tapi bawak perempuan duduk rumah sekali.. tu bukan budaya kita tu.. asal bertaubat je nak tasbih?? awek abg dia nasihat suruh sembahyang pastu nak pegi kelab plak.. hmm mungkin boleh menyelitkan unsur2 islam tetapi jangan terlalu banyak la kot.. skit2 je.. tak sesuai.. sebabnya filem tu dah banyak unsur kemaksiatan..  apa-apa pun keseluruhannya filem ni ok la.. bleh bagi 3 bintang..

Naik gaji ke Bonus??

Ha.. org gomen demo nak naik gaji ko nak bonus sebulan setengah.. ha pilih.. kalo sy la musti la nak dua2.. bonus tu bg sebulan gaji pun da ok.. pastu bagi la 25% kenaikan gaji.. baru syiok..

Tapi macam biasa.. org2 gomen ni sentiasanya tak cukup.. ngan alasan bila gaji naik harga barang naik.. minyak naik.. income tax naik.. alamak..bila nak besyukur pun tak tau.. biasa la tu harga barang naik. Tapi kat pasaraya tu kan ada pilihan. Ada barang murah, barang sederhana dan barang mewah. Kalo awak gaji kecik beli jela barang murah. Ini idak, dah la gaji sikit sibuk plak nak pakai barang mewah. Memang la tak cukup. Lagi nak sibuk2 cite pasal income tax tu pejadahnye.. kata gaji skit tak payah le bayar. Pasal minyak ni isu lama. Kalo da tak cukup duit beli minyak tu beli la keta kecik2. Save minyak. Tak pun guna je minyak masak..

Ada lagi yang kata kalo gaji naik pegawai2 atasan akan merasa lebih.. mereka yang dibawah ni tak rasa sangat.. come on la.. memang la mcm tu. Tak kan gaji naik gaji drebar nak sama ngan gaji menteri plak.. Kalu awak nak gaji banyak jugak awak blaja la pandai2. Dapat degree dapat master pastu jadi bos.. baru la gaji banyak.. ni tak.. dulu orang suh skolah maleh.. ni dah bengap macam ni sibuk nak suruh gomen nolong..


               Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

Rabu, 21 September 2011

Harimau Muda tewas di tangan Jepun

Harimau Muda kalah dengan Jepun dlm perlawanan bola sepak kelayakan sukan olympic. 2-0. Biasa la tu.. kalo Malaysia kalahkan Jepun baru luar biasa. Bukan nak kutuk atau mengata. Tp itu hakikat nya. Takde la kecewa sgt. Tp kecewa jugak la. Janji nak menyerang habis –habisan tp.. hmm asal nak serang je kandas tgh padang.. ada la 2, 3 peluang masa second half. Tp disia-siakan je.

Tp perkara tu tak perlu dirisaukan.. yg penting kita kena pastikan bahawa ada pelapis yg akan menggantikan mereka.. kedua pastikan pemain2 kita yg akan datang lebih tinggi dan besar badan nye. Tak mau da kecik2 mcm skrg. Nak body contact pun tak jatuh player jepun nu.. kepada player2 malaysia semua.. slmt berjaya..

                                                           Apek cemerlang..

BIASA LA TU...

Biasa la tu.. haa ini adalah tageline sy.. ala kalo kita tgk kat AF, sebelum mereka menyanyi mereka akan ckp mcm ni. Kalo mawi dia ckp. “Hi sy Mawi, jgn lupa afundi sy Mawi, WORLD” kalo dafi plak “BAIK PUNYA…” kalo Mila “Waz up waz up” ha kalo sy plak “BIASA LA TU…” (tone dia mcm kakak siti nurhaliza tu).

Mana sy dapat perkataan “biasa la tu” ni? Ia adalah bermula di komplek membeli belah Warta Bangi. Sekarang telah di ambil alih oleh Bintang. Masa tu sy baru blk main bowling. Masa nak turun lif, ada sorang brader ni tersepit pintu lif. Dengan muka yg tenang beliau berkata “biasa ni..biasa..” kemudian dtg lg couple, nak naik lif yg sama. Pun terkepit. Brader muka tenang td skali lg memberi kata-kata perangsang kepada couple yg terkepit yg dah malu2 kucing dgn berkata “biasa tu.. biasa..”.

Kemudian sejak dr itu perkataan biasa itu sering kedengaran. Masa pegi klinik bwk baby sy, wife sy bg la tau anak sy lps menyusu dia akan muntah.. doctor tu berkata.. “biasa tu.. biasa..” wife sy berkata lg “dalam mata anak sy ada mcm darah” dokter berkata “biasa tu..biasa”.. “anak sy 3 hari tak buang air besar”.. “biasa tu..biasa..” ehhh dokter ni semua biasa..

So dgn itu sy pun sering menggunakan perkataan “biasa tu..biasa”. bila org tanya ngape duit gaji tak penah cukup? “biasa tu..biasa”.. ngape opis ko suka panggil meting last minit? “biasa tu..biasa”.. ngape ko pakai baju melayu hari rabu? “Biasa tu..biasa” ngape ko datang lewat balik awai? “sebab aku pegawai.. biasa tu.. biasa..”


                                                Ini la kakak siti yg msk AF tu.. saida

JAMUAN HARI RAYA..MENGAPA DAN KENAPA..

Macam biasa bila tiba hari raya org sibuk buat rumah terbuka.. namun ada beberapa perkara yang ketara apabila majlis jamuan tersebut dibuat di satu tempat yg bsr, contoh jamuan hari raya di tempat kerja. setelah diperhatikan berikut adalah perkara yang sering berlaku..

Lelaki pakai sesimple yg boleh

·         Lelaki jarang mengenakan pakaian yang glemor2 berbanding perempuan yang kebykkannya memakai baju dah mcm artis..Kalo pakai baju melayu pun tak lengkap kekadang tak pakai sampin tak pakai songkok.. kenapa erk.. hasil kajian sy mendapati lelaki akan merasa malu apabila dia sorang je pkai glamor2 sedangkan kwn2 lain pkai bj biasa je.. so utk tidak dimalukan dan disisihkan oleh kwn2 lain mereka mengambil langkah selamat dgn memakai bj kerja sahaja.. kalo majlis tu mlm pakai kemeja ngan jeans je.. melainkan jika lelaki itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi.. mcm sy. sy akan tetap memakai bj melayu lengkap bersampin dan songkok. bkn nak nampak hebat.. tp sj nak meriahkan majlis. ni kan jamuan hari raya. kena la pakai baju raya.
·         lg kalo lelaki pkai ensam2 sgt nanti mereka akan ditegur oleh seluruh kakitangan opis kerana sblm ni mereka memang selekeh..

Org perempuan akan bergambar sakan..

·         setelah diperhatikan kalo ada majlis2 je musti org perempuan akan bergmbr sakan mcm lps ni da tak bleh nak bergmbr da. padahal setiap thn bergmbr ngan org yg sama je..kalo kemera pkai kodak dah lama da kodak tu abis.. sbnr nye mereka bergmbr mcm nak rak ni adalah kerana mereka merasakan pakaian, make up dan eksesori mereka adalah yg paling lawa. time majlis2 mcm ni kalo tgk semua nye nak pkai bj yg ketat ikut body.. pastu jarang2 lak tu.. hmm

ambik makanan mcm tak penah mkn

·         hmm kalo jamuan tu hidangan nyer sate siap la.. berebut. padahal semalam br je mkn sate kat umah. nak kate sate mahal takde la mahal sgt.. 60sen je sebatang.. paling mahal pun RM1.20 kat kedai area gate 1 putrajaya nu.. itu pun mkn 3 cucuk kenyang 3 hari.. kat opis sy ni blm sempat katering seting sate kat meja mereka da siap serbu kat dapur da.. siap ambik byk2 lg. konon nye untuk satu meja mkn.. hasilnye.. tak abis la. membazir.

excited lebih

·         haha.. kalo tgk satu2 group tu tetiba je excited lebih.. padahal sblm ni kat opis sonyap yo.. tunduk je kat meja nu.. kalo ada elaun tunduk bleh bg kat dia.. tp bila tiba je majlis hari raya.. huha sana huha sini.. gelak kuat2.. hmm mcm lakonan pun ada gak.. ngape ye?? haa ini adalah kerana sistem enderneline mereka meningkat secara mendadak. ia adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum akan kehadiran mereka.hmm perlu ke??

Ambik gambar geng2 je

·         Kadang2 dlm jamuan hari raya akan disediakan meja bulat yg besar.. meja bulat tu akan kita duduk bersama2 geng kita.. tp mybe ada la 2 atau 3 seat yang akan diduduki oleh orang yang kita tak berapa kenal. tp stil satu opis. kita pun sibuk la mengambil gmbr2 geng2 kita siap meng..sisihkan 2 orang asing tersebut. bila difikirkan apakah perasan mereka?? kenapa tak ajak mereka bergmbr sama?? bukan kah jamuan mcm ni bertujuan merapatkan hubungan silatulrahim..

Org laki selesa memakai baju melayu johor

·         hehe apabila makan banyak perut akan menjadi buncit.. bila buncit tak smart dah tuk in.. so untuk tidak menampakkan perut yg buncit lelaki akan mengeluarkan baju mereka dari sampin dan akan kelihatan seperti baju melayu johor.. hehe